Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, January 20, 2010

Sejarah Sekilas Pandang




Sekolah Kebangsaan Durian Burong mula beroperasi pada 16 November 1990 yang mana diketuai oleh Guru Besar pertama iaitu Hj. Mohd Salleh b. Ali. Sekolah ini menampung murid-murid dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kg. Durian Burong, Kg. Kubang Parit dan Kg Bukit Kubang Jambu. 

Beralamat di lokasi Jalan Cengal 8, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sehingga akhir tahun 2014 terdapat 14 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Sekolah bergred A ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu. Cg. A Razak b. Ahmad, guru besar sekarang merupakan ketua pentadbir yang ke 15

SKDB yang mempunyai 2 blok bangunan ini mempunyai 15 buah kelas serta bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan, perpustakaan, bilik J-Qaf dan lain-lain lagi.


BATU BERSURAT


Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Hussein bin Ghulam Ai-Baukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atas.


Saiyed Hussin meminta penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala terengganu. Sampai di Kuala Terengganu Batu itu dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O Blegden untuk dibuat pembacaan

Batu ini bertulis di dalam bahassa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini telah dihanatar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu.
Pada Tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman diantara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.

Di Muka Pertama "A"

1. RasululLah denganyangarwahsantabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3.
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Di Muka Kedua "B"

1. Keluarga di Benua jauh kan
2.
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Di Muka Ketiga "C"

1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............Di Muka Keempat "D"1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa
keluarga ku atawa anak.
4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Durian Burong mula beroperasi pada 16 November 1990 yang mana diketuai oleh Guru Besar pertama iaitu Hj. Mohd Salleh b. Ali. Sekolah ini menampung murid-murid dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kg. Durian Burong, Kg. Kubang Parit dan Kg Bukit Kubang Jambu. Sehingga akhir tahun 2010 terdapat 13 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Sekolah bergred A ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu.

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Durian Burong mempunyai murid seramai lebih kurang 515 orang manakala guru seramai 36 orang. SKDB diketuai oleh guru besar, Che Ku Alam b. Che Ku Ali dari tahun 2008 sehingga sekarang.

Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH TOKKU PALOH


Tokku Paloh

Pada abad ke-19, seorang ulama besar di kenali Tokku Paloh yang dilahirkan di Terengganu pernah membantu negeri berkenaan menghalang penjajahan British. Nama sebenarnya, Sayid Abdul Rahman bin Muhamad al-Idrus yang juga dianggap ulama kerohanian yang banyak berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu.

Dengan ketegasan dan kepintaranya dalam hal ehwal diplomatik,Tokku Paloh sering diberi peluang mewakili sultan dalam perundingan dengan British hingga kerajaan Inggeris gagal menawan Terengganu. Dalam suatu kisah, beliau dilaporkan berkata “ Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya tolak walau atas alasan apa sekali pun tetapi kalau hendak tanah, silakan, Isilah ke dalam kapal tuan sebanyak mana pihak British mahu…..ambillah tanah.’ Itu adalah antara jawapan Tokku Paloh kepada wakil British ketika perundingan antara British dengan kerajaan Terengganu yang diwakilinya. Jawapan berbentuk sindiran itu diluahkan dengan tenang tetapi nyata menyakitkan hati wakil British berkenaan. Mereka lantas bangun untuk beredar tetapi dengan kuasa Allah punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi.

Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi mereka turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Ketika itu Tokku Paloh bersuara secara bersahaja ‘Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil.’
Tokku Paloh yang hidup dalam zaman pemerintahan lapan sultan silih berganti dan pengaruhnya yang paling kuat ialah ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu ke 11. Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan keluarga al-Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah. Tokku Paloh yang diterima sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.
ULAMA besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan tereqat, malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga,Terengganu. Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar dalam bidang pentadbiran , pemerintahan dan penentangan penjajahan British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British , beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan Paloh terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang,Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus, menubuhkan pasukan penguatkuasa yang dikenali dengan nama Budak Raja. Pasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini.
Untuk memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempat,cacatan sejarah menyatakan Tukku gemar keluar pada malam hari,malah pada hari tertentu beliau keluar dengan berselubung Kain di kepala. Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tukku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tukku Paloh terhadap keselamatan nak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra. Selain gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.
Dalam kehidupannya, Tukku Paloh lebih banyak berhubung secara peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III berbanding perhubungan resmi. Hubungan erat itu terbukti apabila salah seorang isteri Tukku Paloh, Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin sendiri. Sultan berkenaan juga menyerahkan anaknya, Tengku Sulaiman, kepada Tukku Paloh untuk dijadikan anak angkat serta diberi didikan agama.

Tengku Sulaiman kemudian menjadi Sultan Terengganu ke 13 yang memerintah dari 1920 hingga 1942. Selepas jatuh sakit, pada 1917 ketika berusia 100 tahun, Tukku Paloh menghembuskan nafas terakhir diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III setahun kemudian.

SEJARAH BUKIT PUTERI


SEJARAH BUKIT PUTERI

Terdapat pula berbagai-bagai cerita dan kisah menarik mengenai asal-usul nama Bukit Puteri ini. Ada cerita mengatakan Datok Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar wakilnya iaitu Megat Seri Rama untuk memerintah Terengganu pada kurun ke-17. Namun pada masa itu bukit ini sudah dikenali sebagai Bukit Puteri. Kisah yang lain pula menyatakan bahawa BukitPuteri berasal dari nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang datang ke Terengganu dan membuka bukit ini. Tetapi kisah yang paling menarik, didapati daripada cerita penduduk-penduduk kampung disitu. Kebanyakan cerita mengatakan bahawa pada zaman dahulu bukit ini menjadi kediaman bagi Puteri Bunian.

Penduduk kampung ketika itu selalu datang berjumpa Tuan Puteri untuk meminjam pinggan mangkuk bagi mengadakan majlis nikah-kahwin atau majlis keramaian yang lain. Malangnya ada di antara mereka yang tidak memulangkannya kembali dan ada yang pecah pula tidak diganti. Oleh kerana sikap penduduk-penduduk yang tidak amanah itu, Tuan Puteri telah merajuk dan lari ke Bukit Bintang di Daerah Besut.

Menurut Puan Fatimah, 40 tahun pula, yang pernah tinggal berhampiran bukit itu berkata nama Bukit Puteri diambil sempena nama puteri tujuh beradik yang tinggal di atas bukit itu. Kononnya puteri-puteri itu adalah sebagai penunggu bukit. Ada juga cerita yang didapati daripada mereka yang naik ke atas bukit itu yang tercium bau harum semerbak kononnya adalah bau puteri tersebut. Menurut surirumah itu lagi, lagu ‘Ulek Mayang’ ada kaitannya dengan kisah puteri tujuh beradik ini. Walau apapun, kesimpulan yang dapat difahami menunjukkan bahawa nama bukit ini adalah berkaitan dengan Tuan Puteri.


TOKOH TEMPATAN


Yang Berbahagia Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad
( Bidang politik)

Dilahirkan tanggal 21 Mac 1932 di Kampung Nesan Empat, Kuala Terengganu adalah anak kepada Wan Ahmad bin Wan Abdul Hamid ( berasal dari Kampung Daik), seorang peniaga runcit dan kain songket di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Ibunya Fatimah Mohamad yang berasal dari Kampung Nesan Empat meninggal dunia ketika Wan Mokhtar berusia 5 tahun. Selapas itu Wan Ahmad mengahwini adik iparnya sendiri Wok Khatijah juga emak saudara Wan Mokhtar. Bagaimana pun Wan Mokhtar sejak kecil dipelihara oleh neneknya Wan Mandak di Kampung Daik sebagai anak angkat.


Bersama Wok Khatijah, Wan Mokhtar mempunyai 3 orang adik iaitu Wan Asiah (Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan balu kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Wan Abdul Kadir), Wan Latifah dan Wan Zaki. Seperti Wan Mokhtar, Wan Asiah juga dipelihara oleh neneknya Wan Mandak. Oleh itu Wan Mokhtar lebih rapat dan mesra dengan Wan Asiah berbanding adik-adik yang lain.

Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Melayu di Kuala Terengganu dan kemudiannya telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Arab Zainal Abidin Kuala Terengganu.Mengikut gurunya Sheikh Mahmud Bakar Rafie' beliau adalah seorang pelajar yang cerdas dan aktif dalam bidang penulisan. Beliau pernah menghasilkan beberapa artikel dan terjemahan.

Berbekalkan cita-cita untuk mendalami ilmu beliau telah meninggalkan negeri untuk melanjutkan pelajaran di Anglo Chinese Afternoon School, Pulau Pinang. Pada tahun 1954, beliau telah dianugerahkan hadiah biasiswa kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan kumpulan pelajar terawal kelulusan Sultan Zainal Abidin yang di terima masuk ke Universiti itu.

Semasa menuntut di Al-Azhar, beliau turut terlibat secara aktif dan memimpin Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Di sinilah kepimpinan dan semangat untuk membina anak bangsanya diasuh, dipahat dan dikembangkan sebagai bekal kepimpinan negara nanti.

Setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A.), Dato' Seri Haji Wan Mokhtar kembali ke tanahair dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru dan mengajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk.Beliau mengajar Bahasa Arab, Hadis dan Pengajian Islam. Oleh kerana sekolah itu melahirkan tokoh-tokoh politik Terengganu seperti Tan Sri Ibrahim Fikri, Datuk Wan Abdul Kadir Wan Ismail, maka dengan sendirinya Wan Mokhtar turut terseret ke kancah politik.

Monday, January 18, 2010

PULAU KAPAS



PULAU KAPAS

Kira-kira seratus tahun lampau, Pulau Kapas yang terletak enam kilometer dari Pantai Marang, Terengganu amat ditakuti oleh penduduk dan nelayan tempatan. Mereka cukup takut berteduh terutamanya pada musim tengkujuh. Mereka takut dan khuatir nyawa terancam apbila mendekatinya. Pulau Kapas dikatakan berpenunggu puaka-beberapa orang yang singgah di situ menerima nasib malang, menemui ajal dalam keadaan yang ngeri dan memilukan. Memang ada di kalangan nelayan-nelayan yang menjadi mangsanya, ada juga yang hilang begitu sahaja. Demikian menurut cerita beberapa orang penduduk setempat. Selain itu, terdapat cerita yang diperturunkan dari mulut ke mulut tentang asal usul Pulau Kapas, iaitu tentang adanya seekor harimau ganas yang tidak diketahui jenisnya yang sentiasa membaham sesiapa sahaja yang berada di situ. Harimau tersebut kononnya dapat berubah wajah menjadi orang tua atau perempuan cantik yang pandai menggoda.

Apabila bertukar wajah menjadi orang tua ia meminta orang melakukan sembahan-sama ada kambing atau anak lembu. Darahnya hendaklah dihantar ke puncak bukit di situ. Jika ingkar, ia bertukar menjadi harimau, lantas membaham yang ingkar.
Apabila menyerupai perempuan cantik, ia lantas sahaja menggoda. Apabila mangsanya tergoda, ia berubah menjadi harimau dan membaham mangsanya. Bagaimanapun, orang yang ke Pulau Kapas kini tidak pernah berasa bimbang atau takut lagi. Segala cerita tentang puaka dan harimau itu tinggal dongeng. Pulau Kapas kini menjadi pulau pelancongan yang kian sibuk.

Pulau Kapas yang terletak di perairan Terengganu dikelilingi air laut yang jernih bagaikan kaca sehingga kelihatan batu-batu karang dan ikan pelbagai jenis berwarna-warni.
Pantainya putih bersih dan pemandangannya begitu menarik dengan batu-batan menghampar ke laut. Ia berbukit-bukit dengan hutan menghijau. Pulau ini juga mempunyai beberapa keistimewaan lain, termasuk sebuah perigi berair sejuk semulajadi. Ia juga sesuai bagi yang berminat dengan aktiviti berperahu, menangkap ikan, menyelam, berkelah dan memancing. Untuk tiba di pulau ini tidak begitu menyulitkan.

Memandangkan terdapat banyak perkhidmatan bot penumpang dari pantai Marang. Pejalan sejauh enam kilometer mengambil masa kira-kira 30 minit. Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh dibuat menerusi Hotel Pantai Primula, Kuala Terengganu.

PULAU PERHENTIAN


PULAU PERHENTIAN
PANTAINYA PUTIH LAUTNYA BIRU


Suatu waktu dahulu ia hanya dikenali sebagai tempat persinggahan dan perlindungan bagi nelayan ketika rebut, tetapi hari ini ia muncul sebagai salah sebuah pulau pelancongan yang tercantik di negara ini. Itulah Pulau Perhentian-pulau damai yang masih terpelihara keindahan semulajadinya.


Pulau ini terletak kira-kira 20km dari pantai Besut, Terengganu. Perjalanan dari Kuala Besut ke pulau ini mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Pulau ini terbahagi kepada dua-Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar atau lebih dikenali sebagai Pulau Perhentian sahaja. Kedua-dua pulau ini dipisahkan oleh selat kecil selebar setengah kilometer. Pulau Perhentian Kecil merupakan perkampungan nelayan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asasnya.


Deretan pohon kelapa, pantai berpasir putih dan laut biru yang tenang, dapat menambat hati setiap pengunjung dan pencinta alam yang datang ke sini. Pulau Perhentian diindahkan dengan pantainya yang berteluk cetek dan berbatu cantik, sesuai untuk mandi-manda. Di sepanjang pantai dapat melihat pelbagai jenis dan bentuk batu karang serta moluska laut seperti siput, tiram dan tumbuhan laut yang jarang ditemui di pantai-pantai biasa. Bagaimanapun, pengunjung-pengunjung dilarang keras memungut sebarang jenis hidupan laut ini, kerana pulau ini dilindungi di bawah Jabatan Perikanan dan Kementerian Alam Sekitar.


Bagi anda yang minat memancing boleh memancing di sepanjang pantai dan teluk di pulau ini. Jika anda bercadang mengelilingi pulau sambil memancing, bot boleh disewa dengan kadar RM20-RM50 bagi satu kumpulan berjumlah antara 5 hingga 20 orang.


Kalaulah ditakdirkan bekalan makanan anda bawa habis, usahlah bimbang. Di sini terdapat beberapa buah restoran mini. Makanan lautnya pelbagai, segar dan harganya sederhana.


Anda juga mungkin berpeluang menikmati pengalaman ke laut bersama-sama dengan nelayan yang singgah di situ. Jika bernasib baik dan tepat pada musimnya, anda berpeluang melihat penyu bertelur di pantai pulau ini. Jika anda bercadang berkunjung atau bercuti ke pulau ini, bolehlah menghubungu Pejabat Daerah Besut untuk urusan bot dan pengangkutan dan tempahan chalet.


Chalet-chalet itu mempunyai bekalan air dan elektrik di samping peralatan dapur untuk kemudahan mereka yang bercadang bermalam. Kadar sewanya sederhana antara RM10 hingga RM20 satu hari. Anda juga boleh berkhemah (camping) di sepanjang pantai pulau ini.
 
Blogger Templates