Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH BUKIT PUTERI


SEJARAH BUKIT PUTERI

Terdapat pula berbagai-bagai cerita dan kisah menarik mengenai asal-usul nama Bukit Puteri ini. Ada cerita mengatakan Datok Bendahara Padang Saujana Johor telah menghantar wakilnya iaitu Megat Seri Rama untuk memerintah Terengganu pada kurun ke-17. Namun pada masa itu bukit ini sudah dikenali sebagai Bukit Puteri. Kisah yang lain pula menyatakan bahawa BukitPuteri berasal dari nama Tuk Raja Menteri dari Johor yang datang ke Terengganu dan membuka bukit ini. Tetapi kisah yang paling menarik, didapati daripada cerita penduduk-penduduk kampung disitu. Kebanyakan cerita mengatakan bahawa pada zaman dahulu bukit ini menjadi kediaman bagi Puteri Bunian.

Penduduk kampung ketika itu selalu datang berjumpa Tuan Puteri untuk meminjam pinggan mangkuk bagi mengadakan majlis nikah-kahwin atau majlis keramaian yang lain. Malangnya ada di antara mereka yang tidak memulangkannya kembali dan ada yang pecah pula tidak diganti. Oleh kerana sikap penduduk-penduduk yang tidak amanah itu, Tuan Puteri telah merajuk dan lari ke Bukit Bintang di Daerah Besut.

Menurut Puan Fatimah, 40 tahun pula, yang pernah tinggal berhampiran bukit itu berkata nama Bukit Puteri diambil sempena nama puteri tujuh beradik yang tinggal di atas bukit itu. Kononnya puteri-puteri itu adalah sebagai penunggu bukit. Ada juga cerita yang didapati daripada mereka yang naik ke atas bukit itu yang tercium bau harum semerbak kononnya adalah bau puteri tersebut. Menurut surirumah itu lagi, lagu ‘Ulek Mayang’ ada kaitannya dengan kisah puteri tujuh beradik ini. Walau apapun, kesimpulan yang dapat difahami menunjukkan bahawa nama bukit ini adalah berkaitan dengan Tuan Puteri.


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates