Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam bahagia dan selamat tahun baru kepada semua warga SKDB. Terima kasih atas kerja buat sepanjang tahun 2011 yang lalu. Kita terus melangkah ke hadapan menghadapi 2012 dengan cabaran baru dan tanggungjawab yang lebih besar untuk meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah semua murid SKDB.

SKDB mempunyai guru-guru dan staf sokongan yang berpengalaman, memiliki komitmen tinggi terhadap tugas dan boleh bekerja dalam pasukan. Ciri-ciri sebegini adalah asas untuk membina organisasi cemerlang.

Pada 26 Disember yang lalu SKDB telah melancarkan Program Melestarikan Pendidikan 2012 dan telah diedarkan kepada semua guru. Buku kecil tersebut menjadi asas panduan kerja buat 2012. Pernyataan misi, visi, matlamat dan objektif dinyatakan dengan jelas mengikut urutan 8 jawatankuasa bidang pengurusan sekolah.

Kita percaya bahawa sebaik mana perancangan jika tidak digerakkan atau tidak berupaya dilaksanakan dengan sempurna,ia tidak membawa apa-apa makna kepada sekolah. Melalui pelbagai jawatankuasa induk, jawatankuasa program dan jawatankuasa operasi melalui pelan tindakan, jadual waktu P & P, takwim kerjabuat dll, kita pasti guru-guru dan staf sokongan SKDB berupaya menjadi tenaga penggerak dan pelaksana yang cekap dan berkesan.

Kepada semua warga SKDB, lakukan sesuatu yang signifikan untuk diri sendiri dan untuk organisasi iaitu SKDB. Buktikan bahawa kerjabuat kita pada tahun baru ini lebih baik dan lebih berjaya dari masa lalu. Selamat bertugas untuk tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates