Pages

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, February 27, 2013
Bengkel Aplikasi Asas E-mail
Bengkel Aplikasi Asas E-mail telah diadakan pada 27 Februari 2013 bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Seramai 11 orang guru terpilih mengikuti bengkel ini. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang penggunaan asas aplikasi e-mail. Bengkel ini adalah merupakan salah satu Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) yang dianjurkan oleh Unit ICT SK Durian Burong. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dalam mengaplikasikan e-mail sebagai medium komunikasi yang penting pada masa kini.
Wednesday, February 13, 2013
Program 1 Murid 1 Buku (1M1B)
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Sekolah telah diadakan pada 7 Februari 2013 dengan tema pada tahun ini ialah
Maulidur Rasul Membentuk Jati Diri Insan Cemerlang. Sambutan bermula dengan
perarakan membawa sepanduk pada jam 9 pagi. Setelah itu murid tahap dua
berhimpun di kantin sekolah bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Al Nurul Huda bin Ghazali dari SK Pusat Chabang Tiga. Manakala murid
tahap satu berada di kelas masing-masing bagi mengikuti acara peraduan mewarna.
Secara keseluruhan acara sambutan adalah meriah dan berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Durian Burong untuk tahun 2013 Masehi
bersamaan 1434 Hijrah. Tahniah juga kepada semua pemenang. Semoga acara
sambutan seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Tuesday, February 12, 2013
Program Motivasi Tahun 6
Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 6 Februari 2013 bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Program ini bermula pada jam 1:15 hingga 4:15 petang. Seramai 65 orang murid tahun 6 mengikuti program ini. Objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan belajar mengikut jadual. Pihak sekolah telah menjemput guru bimbingan kaunseling dari SK Kampung Bukit iaitu Encik Zainuddin bin Omar sebagai fasilitator bagi program ini. Semoga program ini memberi panduan kepada murid-murid untuk mengatur jadual belajar mereka sebagai persediaan awal bagi menghadapi UPSR pada tahun ini.
Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2013
Alhamdulillah, Majlis Persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah telah selamat berlangsung pada 31 Januari 2013(Khamis).
Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah. Amin...
Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.
Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah. Amin...
Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pusat Sumber 2013
![]() |
Pada 29 Januari 2013 Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pusat Sumber telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Antara Oojektif kursus ini adalah melahirkan pelajar yang berkepimpinan dan bertanggungjawab terhadap tugasan, melahirkan pengawas perpustakaan yang “celik” dan “cekap” dalam segala urusan yang berkaitan dengan perpustakaan di samping memupuk semangat kerjasama dan memberi komitmen yang tinggi terhadap tugasan serta mewujudkan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang. Fasilitator jemputan ialah Puan Ruslina Ahmad selaku guru pusat sumber dari SK Gelugor.