Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, February 13, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

 




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 7 Februari 2013 dengan tema pada tahun ini ialah Maulidur Rasul Membentuk Jati Diri Insan Cemerlang. Sambutan bermula dengan perarakan membawa sepanduk pada jam 9 pagi. Setelah itu murid tahap dua berhimpun di kantin sekolah bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Al Nurul Huda bin Ghazali dari SK Pusat Chabang Tiga. Manakala murid tahap satu berada di kelas masing-masing bagi mengikuti acara peraduan mewarna. Secara keseluruhan acara sambutan adalah meriah dan berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Durian Burong untuk tahun 2013 Masehi bersamaan 1434 Hijrah. Tahniah juga kepada semua pemenang. Semoga acara sambutan seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates