Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Saturday, August 24, 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013



Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh warna-warni pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434H. Majlis bermula dengan jamuan Hari Raya yang mana semua murid  dan guru sama-sama menjamu selera juadah lebaran yang dibawa. Kemudian majlis diceriakan lagi dengan pertandingan menganyam ketupat di kalangan warga guru dan staff SKDB. Setelah itu, majlis disusuli dengan pertandingan persembahan murid serta Majlis Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Seiring dengan itu, majlis juga mengumumkan Personaliti Aidilfitri iaitu Ustaz Johari bin Idris dan Cikgu Rohayati bt. Mamat. Tahniah ducapkan kepada kedua-dua pemenang. Sebagai acara penutup, pihak sekolah telah membahagi-bahagikan duit raya sebagai 'angpau' raya kepada semua murid SK Durian Burong. Majlis bersurai pada jam 1.15 petang. Warga SKDB mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Thursday, August 1, 2013

Majlis Khatam Al-Quran



Alhamdulillah, bersempena bulan Ramadhan , Panitia Agama Islam telah mengadakan Program Khatam Al-Quran pada 1 Ogos 2013 di ruang kantin sekolah. Program ini melibatkan semua murid SK Durian Burong. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang menglibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi di bulan Ramadhan yang akan datang.
 
Blogger Templates