Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, January 29, 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014




Majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 telah diadakan pada  29 Januari 2014 yang lalu. Bantuan bernilai RM100 ini adalah khusus untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6.  Penyerahan duit bantuan ini dikendalikan oleh semua guru kelas bermula pada jam 12 tengah hari. Majlis berakhir pada jm 12.45 petang.

Sunday, January 26, 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014




Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2014. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6 terpilih sebagai Pengawas Sekolah pada sesi kali ini. Ikrar Pengawas Sekolah di baca oleh Ketua Pengawas iaitu Fakhrul Adam bin Fazilan dari kelas 6 Bestari. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada mereka yang layak. Semoga semua penyandang jawatan penting ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Tahniah semua.


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2014



Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2014 secara rasminya telah berlangsung pada 26 Januari 2014 di tapak perhimpunan. Seramai 35 orang murid tahap dua terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi sesi ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang layak dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjwab. Syabas semua.

Wednesday, January 15, 2014

Majlis Pertukaran Guru Besar Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Mantan Guru Besar Sk Durian Burong Tn. Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Majlis minum petang bersama mantan Guru Besar Tn. Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Bersempena pertukaran Tuan Guru Besar, Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali satu majlis telah berlangsung di bilik mesyuarat sekolah pada 15 Januari 2014.Manakala Majlis Minum Petang pula di adakan di Primula Bistro di Hotel Primula Park In, Kuala Terengganu . Beliau ditukarkan ke SK Bukit Wan, Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama enam tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2013. Susulan daripada itu, guru besar baru iaitu Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff menggantikan tempat beliau.

          Semua warga SK Durian Burong mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Jasa dan bakti cikgu akan sentiasa berada diingatan. Semoga mantan guru besar, Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ali dapat meneruskan legasi beliau di tempat bertugas yang baru. Seiring dengan itu, seluruh warga SK Durian Burong juga ingin mengucapkan selamat datang kepada guru besar baru iaitu Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. 


Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 Peringkat Sekolah



Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 14 Januari 2014 bersamaan 1435 H. Tema pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Majlis bermula pada sebelah pagi dengan Perarakan Maulidur Rasul oleh semua murid mengikut kelas masing-masing. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Mukhatar untuk semua murid tahap dua. Manakala murid tahap satu menyertai pertandingan mewarna. Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penyampian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Majlis bersurai pada 12.45 tengahari. 
 
Blogger Templates