Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Thursday, July 24, 2014

Program Ihya Ramadhan 2014







          Di sepanjang Bulan Ramadhan, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan Al-Mubarak 1435H. Di antara pengisian program ialah Tadarus Al-Quran dan Menonton Tayangan Video Islamik yang dilaksanakan pada waktu rehat untuk semua murid. Buat pertama kali Majlis Berbuka Puasa bersama murid-murid tahun 6 juga berjaya dilaksanakan pada 14 Julai 2014. Setelah itu murid-murid dan guru-guru bersama ahli keluarga yang hadir turut sama-sama mendirikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawikh secara berjemaah di kantin sekolah. Pada 24 Julai 2014 Majlis Khatam Quran telah disempurnakan oleh Ustaz Tn. Hj. Zulkifli bin Mukhatar sebagai penutup Program Ihya Rmadhan pada tahun ini. Salam Ramadhan Mubarak diucapkan kepada semua warga Sk Durian Burong. Semoga Ramadhan pada tahun ini menambah rahmat dan keberkatanNya kepada kita semua. Aminnn.

Monday, July 14, 2014

Sumbangan Pakaian Raya 2014





         Pada 17 Julai 2014, empat buah badan bukan kerajaan(NGO) telah menganjurkan Program Sumbangan Pakaian Raya kepada semua anak yatim dari SK Durian Burong. Seramai 35 orang anak yatim telah berkunjung ke Mydin Mall Kuala Terengganu untuk membeli pakaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan diringi oleh sembilan orang guru. Setiap murid lelaki memperoleh pakaian raya lengkap iaitu sepasang baju melayu, songkok, kasut, t-shirt dan seluar panjang. Manakala murid perempuan memperoleh sepasang baju kurung, tudung, kasut dan telekung solat. Warga SKDB merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya. 

Sunday, July 13, 2014

Hadiah Galakan Peperiksaan Pra Percubaan 2014

Murid 5A : Berdiri dari kanan  : Muhammad Zikri bin Rozlan, Ahmad Na'im Hakimi bin Abdul Najid, Fakhrul Adam bin Fazilan, Afina Wardihah bt. Mohd Sabri dan Nurul Fatini bt. Akmal @ Mazlan
Murid 4A :  Duduk dari kiri : Ahmad Syukri bin Mohd Azam
Murid 6 Dinamik yangblulus semua subjek : Duduk dari kanan : Uqbah Amir bin Madlla

Hadiah galakan Peperiksaan Pra Percubaan telah disampaikan oleh tuan guru besar, Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusof pada 13 Julai 2014 di tapak perhimpunan. Seramai 4 orang murid berjaya mendapat 5A dan seorang mendapat 4A. Kesemua mereka adalah dari kelas 6 Bestari. Di samping itu terdapat seorang murid dari 6 Dinamik yang lulus semua matapelajaran. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan kepada yang belum berjaya tingkatkan usaha untuk memperbaiki pencapaian anda. Semoga dengan penghargaan yang diberikan dapat memberi galakan dan perangsang kepada semua murid agar terus berusaha untuk meraih kecemerlangan di dalam Peperiksaan UPSR nanti. InsyaAllah.
 
Blogger Templates