 |
Murid-murid menikmati juadah raya |
 |
Persembahan Murid Tahap 1 |
 |
Pertandingan Menganyam Ketupat |
 |
Nyanyian Duet (Cikgu Aziz dan Hamidah) |
Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disambut dengan penuh warna-warni pada hari Selasa, 5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal. Pada sebelah pagi, semua murid dan guru menjamu selera pelbagai jenis juadah raya. Ini diikuti dengan persembahan murid dan guru pada jam 11 pagi di kantin sekolah. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan menganyam ketupat yang dibuka untuk semua warga sekolah. Setelah itu Majlis Penyampaian Hadiah dan Duit Raya disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusof. Majlis bersurai pada jam 1 petang. Diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua warga SK Durian Burong.
0 comments:
Post a Comment