Merehatkan minda seketika sebelum berperang pada 8-10 September nanti. Program ini bermula dengan solat dhuha di Masjid Tengku Tengah Zaharah yang diimamkan oleh Guru Besar sendiri. Selepas makan pagi, murid-murid bergerak ke TER untuk mandi kolam. Program ini juga disertai oleh semua guru tahun 6 sebagai guru pengiring.
Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Thursday, August 27, 2015
Monday, August 24, 2015
Singgah Sayang
Program Singgah Sayang daripada Pegawai PPD Pn. Tg. Norma bt. Tg. Mansor. Memberikan kata semangat dan perangsang kepada calon-calon UPSR kami untuk menghadapi peperiksaan penting bagi mereka yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semoga beroleh manfaat daripada program ini, Inshaa Allah..
Tuesday, August 18, 2015
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Pada 18 Ogos 2015, sekolah kami telah melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Cg. A Razak b. Ahmad. Perasmian ini dijalankan di dataran perhimpunan SK Durian Burong bermula jam 8.00 pagi dan diakhiri dengan senamrobik 1M1S #sehatisejiwa pada jam 9.30.
Wednesday, July 1, 2015
Sistem Alumni de'Best
Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Monday, June 1, 2015
Pentadbir
SK Durian Burong menerima pentadbir-pentadbir baru pada tahun 2015.
Bermula dengan Pn Zariah menggantikan Hajah Ainon sebagai Guru Penolong Kanan Hem pada Januari 2015. Diikuti oleh En. A Razak b Ahmad menggantikan En. Che Muhammad Nor b Che Yusoff sebagai Guru Besar bermula Mac 2015.
Pada Jun 2015, Puan Wan Normala bt Wan Ali melapor diri sebagai
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan En. Mohd Zin b Abdullah sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Durian Burong yang baharu.
Thursday, May 7, 2015
MAJLIS PERSARAAN GPK KOKO TUAN HAJI ZAINAL BIN SENIN
Guru umpama bintang
cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Alhamdulillah, Majlis Persaraan Mantan GPK KOKO SK Durian Burong, Tuan Haji Zainal Bin Senin telah berlangsung dengan jayanya pada 07 Mei 2015 (Khamis). Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama 3 dekad. Sedikit cebisan biodata beliau:-
- Tanggal 8 Mei 1955, satu tarikh keramat dan Anugreah Allah S.W.T yang tidak terhingga buat pasangan Senin Bin Sujan dan Esah Binti Suhut.
- Titian murni untuk melihat anak bangsa cemerlang dan gemilang di pesada dunia mula digarap.
- Tanggal 1 Januari 1978, kaki mengorak langkah ke alam pendidikan.
- Khidmat mula disemai dan dibajai bermula di SM Sultan Abu Bakar, Kuantan. Seterusnya, SM Tenang Station, Segamat dan SM Seri Mahkota,Kuantan.
- Di sini kasih bertaut bersama insan tersayang, Puan Azizah Binti Ibrahim yang cantik menawan.
- Tidak terhenti di sini, diri merantau ke Terengganu bersama pasangan tercinta.
- SM Tun Telanai, SM Tengku Ampuan Intan, SM Chendering dijajah, ilmu dicurah.
- Di SK Jambu Bongkok bermula tugas baru. GPK Kokurikulum itulah bakti digilap menyinari khidmat. SK Bukit Payong, SK Seri Budiman tiada penghujung.
- Setelah lebih 3 dekad, maka di SKDB pengakhiran khidmat.
Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan semua
murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah
sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Zainal Bin Senin.
Amin...
Monday, April 27, 2015
Kem Membaca 1 Malaysia
Kem Membaca 1 Malaysia dengan tema Membaca Menjana Pemikiran Melaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 23 April 2015. Program ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah. Matlamat program ini adalah untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kelangan murid. Manakala objektif yang telah digariskan oleh kementerian adalah :
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid dan guru.
- Memupuk minat amalan membaca di kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap pembacaan di kalangan murid.
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.
Program ini berlangsung selama 3 hari. Pelbagai aktiviti telah diatur mengikut tahap. Antara aktiviti yang dipertandingkan untuk tahap 1 adalah seperti Pertandingan Tulisan Mekanis dan Pertandingan Mewarna. Manakala murid tahap dua terlibat dengan Pertandingan Tulisan Berangkai dan dan Pertandingan Mencipta Poster. Program ini juga diisi dengan persembahan syarahan, public speaking dan mendeklamasikan sajak. Majlis perasmian dan penutup serta penyampaian disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. A. Razak bin Ahmad. Majlis berakhir pada jam 11 dengan aktiviti Baca Bersama 10 minit.
Sunday, April 19, 2015
Kem Bestari Solat 2015
Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 18 April 2015, Panitia Pendidikan Islam SK Durian Burong telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat Fasa 1 dengan kehadiran murid tahun 1 hingga tahun 6. Sambutan di kalangan murid adalah menggalakkan. Manakala semua guru termasuk guru Kelas KAFA adalah merupakan fasilaltor kem tersebut. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang.
Antara objektif kem yang telah digariskan oleh Kementerian adalah seperti berikut :
Tahun 4
· Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
· Murid dapat melafazkan bacaan solat dengan betul
· Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib sah solat
Tahun 5
· Murid dapat melaungkan azan dan iqamah dengan betul
· Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dngan sempurna
· Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuk dan muwafiq
Tahun 6
· Murid dapat menghafaz surah-surah tertentu dengan sempurna
· Murid dapat membaca dan menghafaz lafaz niat solat jenazah dengan betul
· Murid dapat menyebut rukun dan syarat sah solat sah solat jenazah
· Murid dapat mengetahui kedudukan imam bagi jenazah lelaki dan perempuan
· Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
· Murid dapat melafazkan bacaan solat dengan betul
· Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib sah solat
Tahun 5
· Murid dapat melaungkan azan dan iqamah dengan betul
· Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dngan sempurna
· Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuk dan muwafiq
Tahun 6
· Murid dapat menghafaz surah-surah tertentu dengan sempurna
· Murid dapat membaca dan menghafaz lafaz niat solat jenazah dengan betul
· Murid dapat menyebut rukun dan syarat sah solat sah solat jenazah
· Murid dapat mengetahui kedudukan imam bagi jenazah lelaki dan perempuan
Diharap dengan terlaksanakan program ini, murid-murid SKDB memperoleh banyak pengetahuan khususnya menjurus ke arah mempraktikkan amalan solat harian dengan betul.
Wednesday, April 8, 2015
Solat Hajat Pembukaan Sekolah

Program Solat Hajat Pembukaan Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2015. Program ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Akhlak Mahmudah Panitia Pendidikan Islam. Ustaz Ahmad Ruslim bin Jaafar adalah merupakan imam jemputan bagi program berkenaan. Beliau mengimamkan Solat Maghrib, Solat Hajat, Solat Isyak serta memimpin Bacaan Yasin. Ibubapa yang hadir datang mendaftar seawal jam 6.45 petang. Sambutan dari semua warga sekolah adalah amat memberangsangkan. Semua guru, pekerja sekolah, Guru KAFA dan juga pekerja swasta saling bekerjasama menjayakan program ini. Manakala seramai 108 ibubapa juga turut hadir mengimarahkan lagi majlis ini. Alhamdulillah. Program ini berakhir pada jam 10 malam. Semoga program ini menambah Barakah dan RahmatNya kepada kita semua. Semoga ikatan silaturrahim di kalangan semua komuniti sekolah menjadi semakin erat agar kita dapat bekerjasama dengan harmoni demi kecemerlangan anak-anak di SK Durian Burong . Insyaallah.
Thursday, April 2, 2015
Perkhemahan Unit Beruniform 2015
Program Perkhemahan Unit Beruniform telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 4 April 2015 bertempat di SK Durian Burong. Terdapat 11 aktiviti yang dirancang pada hari tersebut. Majlis Penutup telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari terakhir. Ucapan penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG En. Razak bin Ali. Berikut adalah keputusan pertandingan :
Khemah Terbaik
Tempat Pertama : TKRS
Tempat Kedua : Puteri Islam
Tempat Ketiga : Tunas Puteri
Kawad Kaki
Tempat Pertama : TKRS
Tempat Kedua : Pengakap
Tempat Ketiga : Tunas Puteri
Masakan
Tempat Pertama : TKRS
Tempat Kedua : Tunas Puteri
Tempat Ketiga : Puteri Islam
Persembahan Kebudayaan
Tempat Pertama : TKRS
Tempat Kedua : Tunas Puteri
Tempat Ketiga : Pengakap
Tahniah diucapkan kepada pasukan TKRS yang memenangi semua acara yang dipertandingkan dan sekaligus menjuarai Piala Pusingan yang telah disumbangkan oleh En. Zainal bin Senin. Diikuti dengan Tunas Puteri di tempat kedua, Pengakap di tempat ketiga, PBSM di tempat keempat, manakala Puteri Islam di tempat kelima. Tahniah juga diucapkan kepada adik Muhammad Adam bin Shafiie dari Pasukan Pengakap kerana telah dinobatkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik. Manakala adik Nur Sayeedatul Annesa bt. Masri dari Pasukan TKRS muncul sebagai Perserta Perempuan Terbaik. Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Guru Besar En. A. Razak bin Ahmad dan YDP PIBG, En. Razak bin Ali. Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.
Akhir kata, setinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga SKDB yang bertungkus lumus secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program perkhemahan pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan.
Wednesday, April 1, 2015
Sekilas Pandang Guru Besar
Bersyukur
kepada Allah Subhanahu Wataala atas limpah kurniaNya kerana kita masih
diberikan peluang untuk hidup dan meneruskan penghidupan di alam maya ini.
Sebelum
melangkah lebih jauh lagi, ingin saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas
kepada seluruh warga SK Durian Burong atas kerjasama untuk menjayakan semua program sekolah. Sesungguhnya kita
berjaya mengulangi lagi kejayaan-kejayaan
pada tahun sebelum ini. Saya percaya kejayaan dan kecemerlangan yang
dicapai menjadi kebanggaan kepada semua warga sekolah kita. Saya amat berbangga
dengan semangat kerjasama yang telah diberikan oleh semua warga sekolah dan
PIBG bagi memastikan bahawa SK Durian Burong adalah yang terbaik dan
berkemampuan membina insan cemerlang ,gemilang dan terbilang...Sesungguhnya
janji Allah itu pasti.
Saya menyeru
dan berharap semua warga pendidik SK Durian Burong agar melestarikan
kecemerlangan pendidikan yang telah dicapai dan terus berjuang serta berkorban
bagi mencipta pelbagai kejayaan pada tahun di masa hadapan untuk agama, bangsa dan negara. Mantapkanlah
permuafakatan, perpaduan, iklim kerja pendidikan dan akur setia kita kepada
kepimpinan pendidikan negara. Marilah kita mengangkat tinggi kecemerlangan akademik,
kokurikulum, pembangunan sahsiah dan kesejahteraan diri pelajar untuk kita
terus menggapai kejayaan yang mampu melonjakkan nama sekolah kita. Insyaa Allah.
Sekian,
Selamat Bertugas
“TIDAK ADA ORANG YANG MERANCANG UNTUK
GAGAL,
TAPI RAMAI ORANG GAGAL KERANA TIDAK
MERANCANG”
HJH ANI BT ENDUT
GURU BESAR
Sunday, March 29, 2015
Pelancaran Program Sekolah Penyayang
Program Guru Penyayang pada tahun ini telah dilancarkan dengan jayanya pada 29 Mac bertempat di Dewan SKDB pada jam 8 pagi. Program ini adalah di bawah kelolaan Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Setiap guru kelas bersama pembantu adalah merupakan mentor bagi semua murid di dalam kelas berkenaan. Di antara objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid. Program ini diteruskan dengan sambutan Hari Lahir dua orang murid iaitu Muhammad Haris bin Hatta dari 5 Dinamik yang genap berumur 11 tahun dan Mudrik bin Mohd Fadzil dari 3 Bestari yang genap berusia 9 tahun pada hari tersebut. Majlis diserikan lagi dengan upacara memotong kek yang turut diserta oleh tuan guru besar bersama guru-guru penolong kanan. Sebagai acara penutup, Program Guru Penyayang 2015 telah dilancarkan dengan rasminya oleh guru besar Tn. Hj. A. Razak bin Ahmad pada jam 8.40 pagi.
Thursday, March 26, 2015
Majlis Temu Murni (BIl. 2) Dan Motivasi Keibubapaan
Pada 26 Mac 2015, Majlis Temu Murni untuk kali kedua dan motivasi Keibubapaan telah diadakan di makmal komputer. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi. En Bahar bin Embong, selaku Penyelia Kanan Bimbingan dan Kaunseling JPNT telah dijemput bagi slot Motivasi Keibubapaan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan sokongan berterusan daripada ibubapa dalam demi kejayaan anak-anak di dalam UPSR. Seramai 37 orang ibubapa dan penjaga hadir ke sesi tersebut. Majlis berakhir pada 12.30 tengahari. Semoga dengan permaufakatan dan hubungan yang baik di antara ibubapa dan guru dapat dapat menggilap potensi akademik calon-calon UPSR.
Program Bacaan Yasin Setiap Khamis
Pada 26 Mac 2015, buat julung kali Program Bacaan Yasin telah diadakan di tapak perhimpunan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Program ini dikelolakan oleh Panitia Agama Islam. Ia juga melibatkan semua warga sekolah bermula daripada pentadbir, guru-guru, murid-murid dan staf. Aktiviti ini akan terus diadakan pada setiap pagi Khamis. Semoga dengan amalan yang baik ini dapat memberi barakah dan rahmat kepada kita semua. Insyaallah.
Monday, March 16, 2015
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Penulisan UPSR
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Penulisan UPSR telah diadakan khusus untuk semua murid tahun 6 pada 16 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer SKDB. Program ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa UPSR. Puan Salwa binti Zaharim dari SK Mengabang Telipot adalah merupakan fasilitator jemputan bagi program ini. Beliau merupakan guru pakar dalam pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR. Beliau juga menyandang jawatan sebagai Ketua Pemeriksa Kawasan. Bengkel bermula pada jam 11 pagi hingga 1 petang. Pihak SKDB amat berbesar hati di atas kesudian beliau berkongsi pengalaman dan ilmu dengan anak-anak didik SKDB. Semoga sesi selama dua jam ini dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada semua murid tahun 6 sebagai persediaan mereka untuk menduduki UPSR pada tahun ini.
Sunday, March 1, 2015
PIBG SK Durian Burong Sesi 2015/2016
Yang Di Pertua
En. Razak b. Ali
Naib Yang Di Pertua
Pn. Azizah bt Mahmood
Guru Besar
En. A Razak b Ahmad
Setiausaha
Pn. Nomalia bt Malik
Bendahari
Pn. Suryani bt Zainuddin
Ahli Jawatankuasa
En Mohd Ghazali b Idris
En Wan Salleh b Wan Jusoh
En Mohd Saperi b Ismail
En Sham Sol Bahri b Sulong
En. Yusof b Ngah
YM Sharifah Azmayanti bt Tuan Sembok
Pn Rahimah bt Ismail
Pn Ruhana bt Ismail
Puan Wan Normala bt Wan Ali
Pn Zariah bt Abas
En Mohd Zin b Abdullah
YM Sharifah Norfadzillah bt Syed Abdul Rahman
Pn Rozana bt Awang
Thursday, February 26, 2015
Perkemahan Pengakap di Telaga Batin dan Majlis Penyampaian Cenderahati Kepada Peserta
Pada 26 Februari 2015, seramai 14 orang ahli pengakap telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi mengikuti perkemahan Di Kem Pengakap Telaga Batin. Ahli pengakap pengakap yang terpilih adalah daripada kelas 5 Bestari, 5 Cekal, 5 Dinamik dan 4 Cekal. Program bermula pada jam 10 pagi hari Khamis dengan aktiviti mendirikan khemah. Semua aktiviti di sepanjang perkhemahan dikelolakan oleh urusetia kem. Namun begitu pihak sekolah telah menyediakan jadual untuk guru-guru datang bertugas mengikut slot yang ditetapkan. Program berakhir pada jam 12 tengahari pada hari Sabtu 28 Februari. Tahniah kepada semua wakil sekolah kerana mengikuti perkhemahan dengan jayanya dan memperoleh pingat gangsa. Dengan itu, sebagai tanda penghargaan pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati kepada setiap peserta pada waktu perhimpunan pagi Ahad 1 Mac 2015. Semoga program ini dapat memberi banyak pengalaman dan boleh dimanfaatkan dalam membentuk disiplin dan jati diri ke arah yang lebih positif.
Monday, February 16, 2015
Majlis Temu Murni dan Pencerahan Ilmu.
Pada 16 Februari 2015, Majlis Temu Murni dan Pencerahan Ilmu telah diadakan di Makmal Komputer SK Durian Burong. Program ini dilaksanakan khusus untuk semua murid tahun enam dan ibubapa serta penjaga murid tahun enam. Majlis bermula dengan Program Temu Murni pada jam 9 pagi. Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana menerima seramai 43 orang hadirin di kalangan ibubapa serta penjaga pada bagi sesi Temu Murni bersama guru besar tersebut. Pada jam 12.30 petang pula semua ibubapa dan penjaga dijemput ke dewan sekolah bagi sesi menandatangani banting Aku Janji UPSR 2015. Majlis diteruskan lagi dengan perjumpaan ibubapa serta penjaga bersama guru-guru subjek teras tahun enam. Majlis bersurai pada jam 1 petang dan semua hadirin dijemput minum di dewan tersebut. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa serta penjaga yang hadir memberi sokongan kepada program ini. Syabas semua.
Sunday, February 15, 2015
Majlis Aku Janji UPSR 2015
Pada 15 Februari 2015, Majlis Aku Janji UPSR 2015 telah di adakan di dewan sekolah. Program ini adala khusus bagi semua murid tahun 6. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa daripada Ustaz Johari bin Idris. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hem Pn. Zariah bt. Abas. Setelah itu, semua murid tahun enam membaca ikrar dan disusuli dengan acara menandatngani Banting Aku Janji UPSR 2015. Semoga dengan adanya program ini, dapat meberi semangat dan rangsangan yang positif kepada semua calon UPSR agar terus melipatgandakan usaha bagi mnecapai kecemerlangan di dalam UPSR nanti.