Pages

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod

Tuesday, January 27, 2015
Monday, January 26, 2015
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2015
Majlis
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2015 telah diadakan pada
26 Januari 2015 yang lalu. Bantuan bernilai RM100 ini adalah khusus untuk
semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Penyerahan duit bantuan ini
dikendalikan oleh semua guru kelas bermula pada jam 12 tengah hari. Majlis
berakhir pada jam 12.45 petang.
Thursday, January 22, 2015
Kejohanan Merentas Desa SKDB 2015
Kejohanan
Merentas Desa pada kali ini berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis , 22
Januari 2015 yang lalu. Program ini bermula dengan aktiviti senamrobik pada jam
9 pagi. Ia dikendalikan oleh Jurulatih yang dijemput khas oleh pihak sekolah. Setelah itu, pelepasan pertama kejohanan yang terdiri
daripada murid-murid pra-sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,
Haji Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Kemudian dikuti dengan pelepasan
kejohanan yang kedua iaitu murid tahun 1 hingga 3. Seterusnya pelepasan
kejohanan murid khas (obesiti),. Akhir sekali adalah pelepasan kejohanan murid tahun 4 hingga tahun 6. Majlis
berakhir dengan aktiviti penyampaian hadiah. Juara keseluruhan disandang oleh Rumah Biru. Tempat kedua dijuarai leh
Rumah Hijau. Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Kuning dan tempat keempat oleh
Rumah Merah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya
jangan berputus asa kerana masih berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun
hadapan. Majlis bersurai pada jam 12.45 petang.
Wednesday, January 21, 2015
MAJLIS PERTUKARAN GURU SK DURIAN BURONG 2014
HJH NOR AINON BT HUSSAIN ( MANTAN GPK HEM)
PN MOVITA BINTI ABD. MORIS
PN NAZIHA BINTI MD.NAYAN
Satu Majlis Pertukaran Guru SK Durian Burong telah diadakan di Permai Inn, Kuala Terengganu pada 21 Januari 2015 (RABU). Guru-guru yang bertukar iaitu Hjh Nor Ainon Binti Hussain (Mantan GPK HEM), Puan Movita Binti Abd.Moris dan Puan Naziha Binti Md.Nayan. Hjh Nor Ainon Binti Hussain (Mantan GPK HEM), ditukarkan ke SK Bukit Losong, Kuala Terengganu. Beliau telah berkidmat di SK Durian Burong selama enam tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2014. Susulan daripada itu,GPK HEMbaru iaitu Puan Zariah Binti Abas telah menggantikan tempat beliau. Puan Movita Binti Abd. Moris, ditukarkan ke
SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat di SK Durian
Burong selama lima belas tahun bermula dari tahun 1999 hingga 2014. Puan Naaziha Binti Md.Nayan ditukarkan ke SK Padang Midin, Kuala Terengganu. Beliau merupakan Guru Prasekolah, telah berkhidmat di SK Durian Burong selama enam tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2014.
Semua warga SK Durian Burong mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru yang telah bertukar. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Jasa dan bakti cikgu akan sentiasa berada diingatan. Semoga semua guru dapat meneruskan legasi di tempat bertugas yang baru. Seiring dengan itu, seluruh warga SK Durian Burong juga ingin mengucapkan selamat datang kepada GPK HEM baru iaitu Puan Zariah Binti Abas.
Semua warga SK Durian Burong mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru yang telah bertukar. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Jasa dan bakti cikgu akan sentiasa berada diingatan. Semoga semua guru dapat meneruskan legasi di tempat bertugas yang baru. Seiring dengan itu, seluruh warga SK Durian Burong juga ingin mengucapkan selamat datang kepada GPK HEM baru iaitu Puan Zariah Binti Abas.
Majlis Persaraan Guru (ENCIK ABDUL AZIZ BIN ABD.RAHAMAN)
Berasah parang bersepuh lama
Menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal
Lipat sirih di tapak tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
Budi tuan kami tak lupa
Alhamdulillah, Majlis Persaraan Guru SK Durian Burong, Encik Abdul Aziz Bin Abd.Rahaman telah selamat berlangsung pada 21 Januari
2015(Rabu). Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama beberapa bulan sahaja pada Tahun 2014.
Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Encik Abdul Aziz Bin Abd.Rahaman. Amin...
Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Encik Abdul Aziz Bin Abd.Rahaman. Amin...
Sambutan Maulidur Rasul 2015 Peringkat Sekolah
Bersempena
dengan Bulan Maulidur Rasul, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur
Rasul Peringkat Sekolah pada 21 Januari 2015 bersamaan 1436 H. Tema pada tahun
ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Majlis bermula pada sebelah pagi
dengan Perarakan Maulidur Rasul oleh semua murid mengikut kelas masing-masing.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang dipimpin oleh
Ustaz Zulkifli bin Mukhatar untuk semua murid tahap dua. Manakala murid tahap
satu menyertai pertandingan mewarna. Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis
Penyampian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad
Nor bin Che Yusoff. Majlis bersurai pada 12.45 tengahari.
Sunday, January 11, 2015
PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2015
Pada 11 Januari 2015, iaitu hari pertama persekolahan, warga SK Durian Burong
berkumpul di Tapak Perhimpunan Sekolah untuk menjalankan perhimpunan rasmi
sempena hari pertama persekolahan. Semua warga SKDB kelihatan ceria dan
kemas dengan berpakaian serba baru. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan
bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Terengganu dan lagu Sekolah. Semua murid menyanyikan lagu dengan penuh semangat.Selepas itu, tiba masanya guru besar Hj. che Muhammad Nor Bin Che Yusoff memberi ucapan. Beliau memberi
taklimat berkenaan permulaan sekolah.