Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, January 21, 2015

Majlis Persaraan Guru (ENCIK ABDUL AZIZ BIN ABD.RAHAMAN)


Berasah parang bersepuh lama
Menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

Lipat sirih di tapak tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
Budi tuan kami tak lupa
 Alhamdulillah, Majlis Persaraan Guru SK Durian Burong, Encik Abdul Aziz Bin Abd.Rahaman telah selamat berlangsung pada 21 Januari 2015(Rabu). Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama beberapa bulan sahaja pada Tahun 2014.

Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Encik Abdul Aziz Bin Abd.Rahaman. Amin...

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates