Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Thursday, February 26, 2015

Perkemahan Pengakap di Telaga Batin dan Majlis Penyampaian Cenderahati Kepada Peserta









Pada 26 Februari 2015, seramai 14 orang ahli pengakap telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi mengikuti perkemahan Di Kem Pengakap Telaga Batin. Ahli pengakap pengakap yang terpilih adalah daripada kelas 5 Bestari, 5 Cekal, 5 Dinamik dan 4 Cekal. Program bermula pada jam 10 pagi hari Khamis dengan aktiviti mendirikan khemah. Semua aktiviti di sepanjang perkhemahan dikelolakan oleh urusetia kem. Namun begitu pihak sekolah telah menyediakan jadual untuk guru-guru datang bertugas mengikut slot yang ditetapkan. Program berakhir pada jam 12 tengahari pada hari Sabtu 28 Februari. Tahniah kepada semua wakil sekolah kerana mengikuti perkhemahan dengan jayanya dan memperoleh pingat gangsa. Dengan itu, sebagai tanda penghargaan pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati kepada setiap peserta pada waktu perhimpunan pagi Ahad 1 Mac 2015. Semoga program ini dapat memberi banyak pengalaman dan boleh dimanfaatkan dalam membentuk disiplin dan jati diri ke arah yang lebih positif.


Monday, February 16, 2015

Majlis Temu Murni dan Pencerahan Ilmu.





Pada 16 Februari 2015, Majlis Temu Murni dan Pencerahan Ilmu telah diadakan di Makmal Komputer SK Durian Burong.  Program ini dilaksanakan khusus untuk semua murid tahun enam dan ibubapa serta penjaga murid tahun enam. Majlis bermula dengan Program Temu Murni pada jam  9 pagi. Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana menerima seramai 43 orang hadirin di kalangan ibubapa serta penjaga pada  bagi sesi Temu Murni bersama guru besar tersebut. Pada jam 12.30 petang pula semua ibubapa dan penjaga dijemput ke dewan sekolah bagi sesi menandatangani banting Aku Janji UPSR 2015. Majlis diteruskan lagi dengan perjumpaan ibubapa serta penjaga bersama guru-guru subjek teras tahun enam. Majlis bersurai pada jam 1 petang dan semua hadirin dijemput minum di dewan tersebut. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa serta penjaga yang hadir memberi sokongan kepada program ini. Syabas semua.

Sunday, February 15, 2015

Majlis Aku Janji UPSR 2015




Pada 15 Februari 2015, Majlis Aku Janji UPSR 2015 telah di adakan di dewan sekolah. Program ini adala khusus bagi semua murid tahun 6. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa daripada Ustaz Johari bin Idris. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hem Pn. Zariah bt. Abas. Setelah itu, semua murid tahun enam membaca ikrar dan disusuli dengan acara menandatngani Banting Aku Janji UPSR 2015. Semoga dengan adanya program ini, dapat meberi semangat dan rangsangan yang positif kepada semua calon UPSR agar terus melipatgandakan usaha bagi mnecapai kecemerlangan di dalam UPSR  nanti. 

Perlawanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSD KT




Perlawanan Bola Jaring MSSD KTS telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 15 Februari 2015 dan berakhir pada 17 Februari 2015 di padang SK Paloh, Kuala Terengganu. Sebanyak 36 buah sekolah turut bertanding. Pasukan bola jaring SKDB telah menjadi Johan Kumpulan G pada pusingan pertama. Ini melayakkan pasukan SKDB meneruskan perlawanan ke peringkat kedua. Kemenangan demi kemenangan terus berpihak  kepada pasukan SKDB  sehingga ke peringkat separuh akhir yang mana pasukan SKDB kalah tipis kepada pasukan SK Gong Tok Nasek dengan mata 5 berbalas 6. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SKDB kerana menduduki tempat ketiga Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSD Kuala Terengganu. Syabas diucapkan kepada adik Sayeedatul Nur Annesa binti Masri kerana terpilih untuk mengikuti latihan di pusat latihan bola jaring bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu bagi persediaan untuk Kejohanan Bola Jaring MSS Terengganu.





















Sunday, February 8, 2015

Majlis Watikah Perlantikan Skuad PPDa Sesi 2015


Majlis Watikah Perlantikan Pebimbing Rakan Sebaya Sesi 2015


Sunday, February 1, 2015

BENGKEL PEMBINAAN AKTIVITI TERJEMAHAN ENAM ASPIRASI MURID PPPM 2013-2025




Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2015


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 01 Februari 2015. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 3 seramai 5 orang, Tahun 4 seramai 10 orang, Tahun 5 seramai 17 orang dan Tahun 6 seramai 9 orang yang telah terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada sesi kali ini. Ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah di baca oleh SAYEEDATUL NUR ANNESA BT. MASRI dari kelas 6 Bestari. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada mereka yang layak. Semoga semua penyandang jawatan penting ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Tahniah semua.

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2015


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 01 Februari 2015. Seramai 43 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 3  seramai 10 orang, Tahun 4 serami 9 orang, Tahun 5 seramai 10 orang dan Tahun 6 seramai 14 orang yang telah terpilih sebagai Pengawas Sekolah pada sesi kali ini. Ikrar Pengawas Sekolah di baca oleh NOR ADRIANA AMIZA BT. MOHD FAIZAL dari kelas 6 Bestari. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada mereka yang layak. Semoga semua penyandang jawatan penting ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Tahniah semua.
 
Blogger Templates