Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Sunday, March 29, 2015

Pelancaran Program Sekolah Penyayang


Program Guru Penyayang pada tahun ini telah dilancarkan dengan jayanya pada 29 Mac bertempat di Dewan SKDB pada jam 8 pagi. Program ini adalah di bawah kelolaan Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Setiap guru kelas bersama pembantu adalah merupakan mentor bagi semua murid di dalam kelas berkenaan. Di antara objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid. Program ini diteruskan dengan sambutan Hari Lahir dua orang murid iaitu Muhammad Haris bin Hatta dari 5 Dinamik yang genap berumur 11 tahun dan Mudrik bin Mohd Fadzil dari 3 Bestari yang genap berusia 9 tahun pada hari tersebut. Majlis diserikan lagi dengan upacara memotong kek yang turut diserta oleh tuan guru besar bersama guru-guru penolong kanan. Sebagai acara penutup, Program Guru Penyayang 2015  telah dilancarkan dengan rasminya oleh  guru besar Tn. Hj. A. Razak bin Ahmad pada jam 8.40 pagi. 

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates