Sekolah Kebangsaan Durian Burong
mula beroperasi pada 16 November 1990 yang mana diketuai oleh Guru Besar
pertama iaitu Hj. Mohd Salleh b. Ali. Sekolah ini menampung murid-murid dari
kampung-kampung sekitarnya seperti Kg. Durian Burong, Kg. Kubang Parit dan Kg
Bukit Kubang Jambu.
Beralamat di lokasi Jalan Cengal
8, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sehingga akhir tahun 2014
terdapat 14 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Sekolah bergred A
ini terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu. Cg. A Razak b. Ahmad,
guru besar sekarang merupakan ketua pentadbir yang ke 15
SKDB yang mempunyai 2 blok bangunan ini mempunyai 15 buah kelas serta bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan, perpustakaan, bilik J-Qaf dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment