Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Tuesday, February 8, 2011

Menginsafi dan Membahagiakan Diri

Salam bahagia. Hari ini Badan Kebajikan Staf SKDB mengadakan majlis meraikan perkhidmatan lama bertugas staf yang bertukar ke penempatan baru. Kebiasaannya peringkat awal pertukaran diselubungi keresahan. Tetapi dengan kesedaran potensi diri akhirnya potensi diri boleh dijadikan modal dorongan untuk meningkatkan kompetensi yang sedia ada. Harus dingat kerja memberi sumber cabaran, kebebasan memilih apa yang hendak dilakukan dan pasti ada maklumbalas terhadap prestasi kerja masing-masing.

Kepada rakan-rakan guru dan staf sokongan yang masih berkhidmat di SKDB, terus kekalkan sumbangan dan merasa bahagia untuk terus bertugas di sekolah ini. Jangan mudah risau, sedih atau susah hendak tidur kerana kerja.

Orang bijak pandai ada berpesan untuk bahagia hidup dan bekerja amalkan perkara positif seperti:
1. Sentiasa bersyukur; punya makan, pakai cukup, badan sihat dan pancaindera sempurna.
2. Yang berlalu biarlah berlalu; lupakan kisah silam, jadikan pengajaran dan tutu fail.
3. Hiduplah untuk hari ini; jangan gelisah, resah atau berhiba kerana masa lampau atau masa depan yang belum pasti.
4. Fahami fitrah manusia; mereka tidak berhenti mengkritik, mengutuk atau tidak berterima kasih.
5. Sentiasa berbuat baik; membalas baik dengan jahat itulah serendah-rendah perangai, membalas jahat dengan jahat bukanlah berperikemanusiaan, membuat baik dibalas baik adalah biasa. Tetapi membalas jahat dengan baik adalah cita-cita kemanusiaan yang tinggi.
6. Sentiasa muhasabah diri; ambil masa untuk menilai, merenung dan menilik ta'akul kelemahan, kekuatan dan potensi diri sendiri.

Saya merasakan bahawa kita semua sentiasa mahu hidup bahagia, selesa di tempat kerja riang hati bila di rumah bersama keluarga. Peluang yang ada jarang berulang, bersama nikmati ketenangan kerja walau dimana bertugas. Selamat bertugas kepada yang bertukar dan yang kekal di SKDB.

3 comments:

Anonymous said...

TERIMA KASIH CIKGU........SEMUA NASIHAT CIKGU SENTIASA MENJADI DORONGAN UNTUK MELAKSANAKN TUGAS DISEKOLAH.TERIMA KASIH DAUN KELADI


PRASEKOLAH..

Anonymous said...

SEKOLAH DURIAN BURUNG TERBAEK.............HARAP SEMUA MURID TAHUN ENAM BESTARI,CEKAL N DINAMIK BUAT YANG TERBAEK.....DLM UPSR 2011....EPY COKMO.....

IZZAH.........

Anonymous said...

kebahagiaan disekolah dah jadi kenangan...hanya sedikit sisa sisa bahagia yg tinggal kini dijadikan cabaran untuk memberi komitmen kepada tugas...keputusan mendiamkan diri rupanya menjadi senjata utama kepada musuh...

Post a Comment

 
Blogger Templates