Sambutan Bulan Kemerdekaan telah disambut oleh semua warga SKDB pada 3 September 2013. Tahniah kepada semua warga SKDB kerana memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Diharap semua di antara kita dapat menghayati erti kemerdekaan.
Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Tuesday, September 3, 2013
Saturday, August 24, 2013
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013
Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh warna-warni pada 24 Ogos 2013 bersamaan 17 Syawal 1434H. Majlis bermula dengan jamuan Hari Raya yang mana semua murid dan guru sama-sama menjamu selera juadah lebaran yang dibawa. Kemudian majlis diceriakan lagi dengan pertandingan menganyam ketupat di kalangan warga guru dan staff SKDB. Setelah itu, majlis disusuli dengan pertandingan persembahan murid serta Majlis Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Seiring dengan itu, majlis juga mengumumkan Personaliti Aidilfitri iaitu Ustaz Johari bin Idris dan Cikgu Rohayati bt. Mamat. Tahniah ducapkan kepada kedua-dua pemenang. Sebagai acara penutup, pihak sekolah telah membahagi-bahagikan duit raya sebagai 'angpau' raya kepada semua murid SK Durian Burong. Majlis bersurai pada jam 1.15 petang. Warga SKDB mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Thursday, August 1, 2013
Majlis Khatam Al-Quran
Thursday, May 16, 2013
Sambutan Hari Guru
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
Sambutan Hari Guru disambut dengan meriah pada tanggal 16 Mei 2013. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya. Di antara pertandingan yang dianjurkan adalah seperti pertandingan bola jaring, bola sepak dan bola tampar. Semua warga Sk Durian Burong juga turut terhibur dengan pertandingan sukaneka antara guru. Secara keseluruhannya semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga semua guru dapat menghayati tema pada tahun ini iaitu Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda.
Tuesday, April 23, 2013
Kursus Kepimpinan dan Sahsiah Diri Badan-Badan Beruniform
Pada 23 April 2013, Kursus Kepimpinan dan Sahsiah Diri Badan-Badan Beruniform telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa daripada pelbagai unit badan beruniform menyertai kursus tersebut. Di antara objektif program ini adalah untuk memupuk daya kepimpinan dalam kalangan AJK unit badan beruniform serta membentuk keyakinan diri dan jati diri di kalangan mereka. Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali, Guru Besar, SK Durian Burong pada jam 3 petang. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta.
Wednesday, April 10, 2013
Pertandingan Smart English
Pada 10 April 2013, Pertandingan Smart English anjuran Yayasan Di Raja Sultan Mizan telah diadakan di SK Sultan Sulaiman I. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada 12 peserta dari SK Durian Burong kerana mendapat tempat ketiga bagi peringkat zon KTS. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan semua warga SKDB dan juga ibubapa yang memberi sokongan disepanjang sesi latihan dijalankan. Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid untuk lebih berusaha dalam menghadapi pertandingan ini pada tahun akan datang. Tahniah semua.
Monday, April 8, 2013
Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSDKTS
Pada 8 hingga 11 April 2013, Kejohanan Bola Jaring Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan(MSSDKTS) telah berlangsung di padang SK Gong Tok Nasek. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Durian Burong kerana telah berjaya menduduki tempat kedua dari 38 buah sekolah yang bertanding. Tahniah juga kepada tiga orang peserta kerana telah terpilih ke peringkat daerah. Mereka adalah Siti Nur Aisyah bt. Ab. Razak, Sayeedatul Nur Annesa bt. Masri dan Siti Nasirah bt. Mohd Rosli.
Thursday, April 4, 2013
Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSDKTS
Pada 1 hingga 4 April 2013, Kejohanan Bola Sepak Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terenganu Selatan(MSSDKTS) telah diadakan di SK Pusat Chabang Tiga. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Durian Burong kerana merangkul Juara Kumpulan. Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang pemain yang terpilih ke peringkat daerah. Mereka adalah Muhammad Haqiem Irfann b. Mohd Robi, Muhammad Izzul Irfan b. Marzuki dan Muhammad Hairie b. Bidi.
Sunday, March 31, 2013
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
Pada 31 Mac 2013, Majlis Pelancaran Bulan Bahasa telah diadakan di tapak perhimpunan SK Durain Burong. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, YM Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Program ini akan berlangsung selama satu bulan iaitu bermula daripada 1 hingga 30 April 2013. Pelbagai acara dipertandingkan pada peringkat sekolah melibatkan semua murid disepanjang tempoh tersebut. Di antara objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat murid dalam kemahiran berahasa kebangsaan dan memartabatkan Bahasa Melayu sejajar dengan 1 Bahasa 1 Bangsa. Semoga program ini dapat merealiasasikan agenda nasional yang bertujuan menggalakkan pelajar dan guru menggunakan Bahasa Kebangsaan secara meluas dengan hasrat kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini.
Thursday, March 21, 2013
Kejohanan Olahraga MSSDKTS
Pada 18 - 21 Mac 2013, Kejohanan Olahraga MSSDKTS telah berlangsung di SMK Sultan Sulaiman. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Izzul Irfan b. Marzuki kerana berjaya menduduki tempat kedua bagi acara Lontar Peluru.
Sunday, March 17, 2013
Program Nilam Bahasa Inggeris
Program Nilam Bahasa Inggeris telah dilancarkan pada 17 Mac 2013. Program ini telah dirasmikan oleh guru besar SK Durian Burong, YM Tn. Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan murid. Pada hari berkenaan, tiga orang murid dari kelas 3 Bestari telah membuat persembahan bercerita di dalam Bahasa Inggeris-'Story Telling' . Mereka adalah Nur Syazwa Arisya bt. Md Riduan, Noor Azyana Nadhirah bt Mat Noor dan Nur Aina Adlina bt. Mohd. Semoga program ini dapat menambah minat membaca dalam kalangan murid-murid.
Thursday, March 7, 2013
Kejohanan Bola Tampar Peringkat MSSDKTS
Pada 5 hingga 7 Mac 2013, Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan telah berlangsung di SK Wakaf Mempelam. Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan SK Durian Burong kerana berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan.
Wednesday, February 27, 2013
Bengkel Aplikasi Asas E-mail
Bengkel Aplikasi Asas E-mail telah diadakan pada 27 Februari 2013 bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Seramai 11 orang guru terpilih mengikuti bengkel ini. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang penggunaan asas aplikasi e-mail. Bengkel ini adalah merupakan salah satu Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) yang dianjurkan oleh Unit ICT SK Durian Burong. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dalam mengaplikasikan e-mail sebagai medium komunikasi yang penting pada masa kini.
Wednesday, February 13, 2013
Program 1 Murid 1 Buku (1M1B)
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Sekolah telah diadakan pada 7 Februari 2013 dengan tema pada tahun ini ialah
Maulidur Rasul Membentuk Jati Diri Insan Cemerlang. Sambutan bermula dengan
perarakan membawa sepanduk pada jam 9 pagi. Setelah itu murid tahap dua
berhimpun di kantin sekolah bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Al Nurul Huda bin Ghazali dari SK Pusat Chabang Tiga. Manakala murid
tahap satu berada di kelas masing-masing bagi mengikuti acara peraduan mewarna.
Secara keseluruhan acara sambutan adalah meriah dan berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Durian Burong untuk tahun 2013 Masehi
bersamaan 1434 Hijrah. Tahniah juga kepada semua pemenang. Semoga acara
sambutan seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Tuesday, February 12, 2013
Program Motivasi Tahun 6
Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 6 Februari 2013 bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Program ini bermula pada jam 1:15 hingga 4:15 petang. Seramai 65 orang murid tahun 6 mengikuti program ini. Objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan belajar mengikut jadual. Pihak sekolah telah menjemput guru bimbingan kaunseling dari SK Kampung Bukit iaitu Encik Zainuddin bin Omar sebagai fasilitator bagi program ini. Semoga program ini memberi panduan kepada murid-murid untuk mengatur jadual belajar mereka sebagai persediaan awal bagi menghadapi UPSR pada tahun ini.
Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2013
Alhamdulillah, Majlis Persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah telah selamat berlangsung pada 31 Januari 2013(Khamis).
Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah. Amin...
Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.
Terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG, kakitangan sekolah, dan semua murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Mohd Noor bin Hamzah. Amin...
Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pusat Sumber 2013
![]() |
Pada 29 Januari 2013 Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pusat Sumber telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Antara Oojektif kursus ini adalah melahirkan pelajar yang berkepimpinan dan bertanggungjawab terhadap tugasan, melahirkan pengawas perpustakaan yang “celik” dan “cekap” dalam segala urusan yang berkaitan dengan perpustakaan di samping memupuk semangat kerjasama dan memberi komitmen yang tinggi terhadap tugasan serta mewujudkan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang. Fasilitator jemputan ialah Puan Ruslina Ahmad selaku guru pusat sumber dari SK Gelugor.