Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Tuesday, April 23, 2013

Kursus Kepimpinan dan Sahsiah Diri Badan-Badan Beruniform



Pada 23 April 2013, Kursus Kepimpinan dan Sahsiah Diri Badan-Badan Beruniform telah diadakan bertempat di makmal komputer SK Durian Burong. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa daripada pelbagai unit badan beruniform menyertai kursus tersebut. Di antara objektif program ini adalah untuk memupuk daya kepimpinan dalam kalangan AJK unit badan beruniform serta membentuk keyakinan diri dan jati diri di kalangan mereka. Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali, Guru Besar, SK Durian Burong pada jam 3 petang. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta.

Wednesday, April 10, 2013

Pertandingan Smart English




Pada 10 April 2013, Pertandingan Smart English anjuran Yayasan Di Raja Sultan Mizan telah diadakan di SK Sultan Sulaiman I. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada 12 peserta dari SK Durian Burong kerana mendapat tempat ketiga bagi peringkat zon KTS. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan semua warga SKDB dan juga ibubapa yang memberi sokongan disepanjang sesi latihan dijalankan. Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada murid-murid untuk lebih berusaha dalam menghadapi pertandingan ini pada tahun akan datang. Tahniah semua.

Monday, April 8, 2013

Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSDKTS


Pada 8 hingga 11 April 2013, Kejohanan Bola Jaring Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan(MSSDKTS) telah berlangsung di padang SK Gong Tok Nasek. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SK Durian Burong kerana telah berjaya menduduki tempat kedua dari 38 buah sekolah yang bertanding. Tahniah juga kepada tiga orang peserta kerana telah terpilih ke peringkat daerah. Mereka adalah Siti Nur Aisyah bt. Ab. Razak, Sayeedatul Nur Annesa bt. Masri dan Siti Nasirah bt. Mohd Rosli.

Thursday, April 4, 2013

Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSDKTS


Pada 1 hingga 4 April 2013, Kejohanan Bola Sepak Peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terenganu Selatan(MSSDKTS) telah diadakan di SK Pusat Chabang Tiga. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Durian Burong kerana merangkul Juara Kumpulan. Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang pemain yang terpilih ke peringkat daerah. Mereka adalah Muhammad Haqiem Irfann b. Mohd Robi, Muhammad Izzul Irfan b. Marzuki dan Muhammad Hairie b. Bidi.
 
Blogger Templates