Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Tuesday, August 5, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014

Murid-murid menikmati juadah raya

Persembahan Murid Tahap 1

Pertandingan Menganyam Ketupat

Nyanyian Duet (Cikgu Aziz dan Hamidah)


          Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disambut dengan penuh warna-warni pada hari Selasa, 5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal. Pada sebelah pagi, semua murid dan guru menjamu selera pelbagai jenis juadah raya. Ini diikuti dengan persembahan murid dan guru pada jam 11 pagi di kantin sekolah. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan menganyam ketupat yang dibuka untuk semua warga sekolah. Setelah itu Majlis Penyampaian Hadiah dan Duit Raya disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusof. Majlis bersurai pada jam 1 petang. Diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua warga SK Durian Burong.

Thursday, July 24, 2014

Program Ihya Ramadhan 2014







          Di sepanjang Bulan Ramadhan, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan Al-Mubarak 1435H. Di antara pengisian program ialah Tadarus Al-Quran dan Menonton Tayangan Video Islamik yang dilaksanakan pada waktu rehat untuk semua murid. Buat pertama kali Majlis Berbuka Puasa bersama murid-murid tahun 6 juga berjaya dilaksanakan pada 14 Julai 2014. Setelah itu murid-murid dan guru-guru bersama ahli keluarga yang hadir turut sama-sama mendirikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawikh secara berjemaah di kantin sekolah. Pada 24 Julai 2014 Majlis Khatam Quran telah disempurnakan oleh Ustaz Tn. Hj. Zulkifli bin Mukhatar sebagai penutup Program Ihya Rmadhan pada tahun ini. Salam Ramadhan Mubarak diucapkan kepada semua warga Sk Durian Burong. Semoga Ramadhan pada tahun ini menambah rahmat dan keberkatanNya kepada kita semua. Aminnn.

Monday, July 14, 2014

Sumbangan Pakaian Raya 2014





         Pada 17 Julai 2014, empat buah badan bukan kerajaan(NGO) telah menganjurkan Program Sumbangan Pakaian Raya kepada semua anak yatim dari SK Durian Burong. Seramai 35 orang anak yatim telah berkunjung ke Mydin Mall Kuala Terengganu untuk membeli pakaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan diringi oleh sembilan orang guru. Setiap murid lelaki memperoleh pakaian raya lengkap iaitu sepasang baju melayu, songkok, kasut, t-shirt dan seluar panjang. Manakala murid perempuan memperoleh sepasang baju kurung, tudung, kasut dan telekung solat. Warga SKDB merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya. 

Sunday, July 13, 2014

Hadiah Galakan Peperiksaan Pra Percubaan 2014

Murid 5A : Berdiri dari kanan  : Muhammad Zikri bin Rozlan, Ahmad Na'im Hakimi bin Abdul Najid, Fakhrul Adam bin Fazilan, Afina Wardihah bt. Mohd Sabri dan Nurul Fatini bt. Akmal @ Mazlan
Murid 4A :  Duduk dari kiri : Ahmad Syukri bin Mohd Azam
Murid 6 Dinamik yangblulus semua subjek : Duduk dari kanan : Uqbah Amir bin Madlla

Hadiah galakan Peperiksaan Pra Percubaan telah disampaikan oleh tuan guru besar, Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusof pada 13 Julai 2014 di tapak perhimpunan. Seramai 4 orang murid berjaya mendapat 5A dan seorang mendapat 4A. Kesemua mereka adalah dari kelas 6 Bestari. Di samping itu terdapat seorang murid dari 6 Dinamik yang lulus semua matapelajaran. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan kepada yang belum berjaya tingkatkan usaha untuk memperbaiki pencapaian anda. Semoga dengan penghargaan yang diberikan dapat memberi galakan dan perangsang kepada semua murid agar terus berusaha untuk meraih kecemerlangan di dalam Peperiksaan UPSR nanti. InsyaAllah.

Thursday, June 26, 2014

Majlis Dialog Prestasi Bilangan 3



Majlis Dialog Prestasi Bilangan 3 telah diadakan pada 26 Jun 2014, bertempat di Makmal Komputer SKDB. Majlis bermula pada jam 11.30 dengan kehadiran ibubapa murid-murid tahun 6. Objektif program ini adalah untuk memberi Pelaporan OTI 2 kepada semua ibupaba yang hadir. Semasa slot bersama guru besar,Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusuf , semua ibubapa telah dimaklumkan tetang sasaran sekolah bagi Peperiksaan UPSR nanti. Ibubapa juga disarankan agar sentiasa memantau pencapaian akademik dan turut  dinasihatkan menyediakan makanan yang sihat kepada anak-anak  bagi meningkatkan prestasi pembelajaran  mereka di sekolah. Setelah itu ibubapa dijemput ke kelas bagi mengambil sesi perjumpaan dengan guru-guru subjek dan menandatangani Buku Pelaporan Akademik. Majlis bersurai pada jam 1 petang.

Sunday, May 25, 2014

Pelancaran Kelab Anti-Dadah Sk Durian Burong




Pelancaran Kelab Anti-Dadah telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Mei 2014. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zainal bin Senin, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Koir Anti-Dadah daripada murid-murid Kelas 5 Bestari. Acara diteruskan lagi dengan penyerahan Bakul Risalah Anti-Dadah dan Penyerahan Blazer kepada semua ahli. Seramai empat belas orang ahli baru dilantik sebagai perintis kepada Kelab Anti-Dadah SK Durian Burong 2014. Tahniah kepada semua yang dilantik dan semoga dengan penubuhan kelab ini dapat memberi impak positif dan turut memberi kesedaran tentang bahaya najis dadah di kalangan komuniti sekolah.

Sunday, May 18, 2014

Sambutan Hari Guru 2014




        18 Mei 2014- Sambutan Hari Guru telah berlangsung dengan jayanya di SK Durian Burong dengan tema pada tahun ini 'Guru Pencetus Kreativiti Menjana Inovasi' . Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia disempurnakan oleh Tn. Hj. Che Muhammad Nor bin Che Yusof, Guru Besar  manakala bacaan Perutusan  Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia disempurnakan oleh Pn. Hjh. Wan Juariah bt. Wan Zainal, Penolong Kanan Akademik. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Guru Malaysia' oleh semua guru SKDB. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara 'Guruku Sayang' dan 'Gimik Persmian Hari Guru'. Perhimpunan pagi berakhir dengan acara pembahagian hadiah dan sesi fotografi guru-guru SKDB. Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan 'Acara Padang' dan 'Sukaneka'. Rumah Hijau muncul sebagai Juara Pertandingan Bola Tampar manakala Rumah Merah merangkul Naib Juara. Rumah Kuning dan Biru menduduki tempat ketiga. Bagi acara 'Sukaneka' pula Rumah Merah muncul sebagai Juara diikuti oleh Rumah Kuning sebagai Naib Juara, Rumah Hijau ditempat ketiga dan Rumah Biru ditempat keempat. Tahniah diucapkan kepada semua. Anugerah Khas Guru Lelaki Paling Popular 2014 dimenangi oleh Ustaz Zulkifli bin Mukhatar dan Pn. Bente bt. Md Taff pula dinobatkan sebagai Guru Perempuan Paling Popular 2014. Majlis bersurai padan 1.30 petang. Selamt Hari Guru diucapkan kepda semua guru.

Tuesday, April 15, 2014

Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform 2014




Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform 2014 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 10 hingga 12 April 2014. Antara aktiviti yang dipertandingkan pada tahun ini adalah kawad kaki, pemeriksaan khemah, masakan ikhtiar hidup, pertandingan masakan dan malam kebudayaan. Manakala aktiviti-aktiviti lain adalah seperti pertolongan cemas, aktiviti masa lapang, jalan malam dan aktiviti lasak. Syabas diucapkan kepada kumpulan TKRS kerana muncul sekali lagi sebagai juara keseluruhan. Tahniah juga diucapkan kepada unit lain kerana turut meraih mata di dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKDB yang bertungkus lumus menjayakan acara perkhemahan pada tahun ini.Tahniah semua.

Sunday, February 16, 2014

Kejohanan Bola Jaring MSSDKTS 2014





Kejohanan Bola Jaring MSSDKTS telah berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Februari 2014 di SK Atas Tol, Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah kerana bejaya meraih juara Kumpulan B. Dengan begitu, pasukan sekolah berjaya meneruskan perlawanan ke peringkat suku akhir menentang SK Seri Budiman. Namun begitu, pasukan sekolah gagal di peringkat tersebut . Walaubagaimana pun kami semua warga SKDB mengucapkan syabas di atas daya saing yang ditonjolkan dan kerjasama kumpulan yang baik antara ahli pasukan. Kekalahan ini tidak melunturkan semangat mereka untuk meneruskan lagi perjuangan pada tahun hadapan.Tahniah.

Monday, February 3, 2014

Kejohanan Merentas Desa SKDB 2014



 Kejohanan Merentas Desa pada kali ini berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis , 30 Januari 2014 yang lalu. Program ini bermula dengan aktiviti senamrobik pada jam 9 pagi. Ia dikendalikan oleh guru-guru praktikum. Setelah itu,  pelepasan pertama kejohanan yang terdiri daripada murid-murid pra-sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Kemudian dikuti dengan pelepasan kejohanan yang kedua iaitu murid tahun 1 dan tahun 4. Seterusnya pelepasan kejohanan murid tahun 2 dan tahun 5. Akhir sekali adalah pelepasan kejohanan murid tahun  3 dan tahun 6. Majlis berakhir dengan aktiviti penyampaian hadiah. Juara keseluruhan disandang  oleh Rumah Kuning. Tempat kedua dijuarai leh Rumah Hijau. Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Biru dan tempat keempat oleh Rumah Merah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana masih berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Majlis bersurai pada jam 12.45 petang.

Wednesday, January 29, 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014




Majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2014 telah diadakan pada  29 Januari 2014 yang lalu. Bantuan bernilai RM100 ini adalah khusus untuk semua murid tahun 1 hingga tahun 6.  Penyerahan duit bantuan ini dikendalikan oleh semua guru kelas bermula pada jam 12 tengah hari. Majlis berakhir pada jm 12.45 petang.

Sunday, January 26, 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014




Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2014. Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6 terpilih sebagai Pengawas Sekolah pada sesi kali ini. Ikrar Pengawas Sekolah di baca oleh Ketua Pengawas iaitu Fakhrul Adam bin Fazilan dari kelas 6 Bestari. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada mereka yang layak. Semoga semua penyandang jawatan penting ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Tahniah semua.


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2014



Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi 2014 secara rasminya telah berlangsung pada 26 Januari 2014 di tapak perhimpunan. Seramai 35 orang murid tahap dua terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi sesi ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang layak dan semoga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjwab. Syabas semua.

Wednesday, January 15, 2014

Majlis Pertukaran Guru Besar Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Mantan Guru Besar Sk Durian Burong Tn. Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Majlis minum petang bersama mantan Guru Besar Tn. Hj. Che Ku Alam bin Che Ku Ali

Bersempena pertukaran Tuan Guru Besar, Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali satu majlis telah berlangsung di bilik mesyuarat sekolah pada 15 Januari 2014.Manakala Majlis Minum Petang pula di adakan di Primula Bistro di Hotel Primula Park In, Kuala Terengganu . Beliau ditukarkan ke SK Bukit Wan, Kuala Terengganu. Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama enam tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2013. Susulan daripada itu, guru besar baru iaitu Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff menggantikan tempat beliau.

          Semua warga SK Durian Burong mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ku Ali. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan. Jasa dan bakti cikgu akan sentiasa berada diingatan. Semoga mantan guru besar, Tuan Haji Che Ku Alam bin Che Ali dapat meneruskan legasi beliau di tempat bertugas yang baru. Seiring dengan itu, seluruh warga SK Durian Burong juga ingin mengucapkan selamat datang kepada guru besar baru iaitu Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. 


Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 Peringkat Sekolah



Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 14 Januari 2014 bersamaan 1435 H. Tema pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Majlis bermula pada sebelah pagi dengan Perarakan Maulidur Rasul oleh semua murid mengikut kelas masing-masing. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Mukhatar untuk semua murid tahap dua. Manakala murid tahap satu menyertai pertandingan mewarna. Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penyampian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Majlis bersurai pada 12.45 tengahari. 
 
Blogger Templates