Kejohanan Merentas Desa pada kali ini berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis , 30 Januari 2014 yang lalu. Program ini bermula dengan aktiviti senamrobik pada jam 9 pagi. Ia dikendalikan oleh guru-guru praktikum. Setelah itu, pelepasan pertama kejohanan yang terdiri daripada murid-murid pra-sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Kemudian dikuti dengan pelepasan kejohanan yang kedua iaitu murid tahun 1 dan tahun 4. Seterusnya pelepasan kejohanan murid tahun 2 dan tahun 5. Akhir sekali adalah pelepasan kejohanan murid tahun 3 dan tahun 6. Majlis berakhir dengan aktiviti penyampaian hadiah. Juara keseluruhan disandang oleh Rumah Kuning. Tempat kedua dijuarai leh Rumah Hijau. Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Biru dan tempat keempat oleh Rumah Merah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana masih berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Majlis bersurai pada jam 12.45 petang.
Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
0 comments:
Post a Comment