Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod

Wednesday, January 21, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 2015 Peringkat Sekolah




Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 21 Januari 2015 bersamaan 1436 H. Tema pada tahun ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Majlis bermula pada sebelah pagi dengan Perarakan Maulidur Rasul oleh semua murid mengikut kelas masing-masing. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli bin Mukhatar untuk semua murid tahap dua. Manakala murid tahap satu menyertai pertandingan mewarna. Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penyampian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Majlis bersurai pada 12.45 tengahari. 


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates