Perlawanan Bola Jaring MSSD KTS telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 15 Februari 2015 dan berakhir pada 17 Februari 2015 di padang SK Paloh, Kuala Terengganu. Sebanyak 36 buah sekolah turut bertanding. Pasukan bola jaring SKDB telah menjadi Johan Kumpulan G pada pusingan pertama. Ini melayakkan pasukan SKDB meneruskan perlawanan ke peringkat kedua. Kemenangan demi kemenangan terus berpihak kepada pasukan SKDB sehingga ke peringkat separuh akhir yang mana pasukan SKDB kalah tipis kepada pasukan SK Gong Tok Nasek dengan mata 5 berbalas 6. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SKDB kerana menduduki tempat ketiga Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSD Kuala Terengganu. Syabas diucapkan kepada adik Sayeedatul Nur Annesa binti Masri kerana terpilih untuk mengikuti latihan di pusat latihan bola jaring bawah 12 tahun MSSD Kuala Terengganu bagi persediaan untuk Kejohanan Bola Jaring MSS Terengganu.
Pages



Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Durian Burong. Pengurusan SK Durian Burong mengalu-alukan semua bekas warga SK Durian Burong mendaftar butiran diri dalam
Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
0 comments:
Post a Comment