Guru umpama bintang
cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Alhamdulillah, Majlis Persaraan Mantan GPK KOKO SK Durian Burong, Tuan Haji Zainal Bin Senin telah berlangsung dengan jayanya pada 07 Mei 2015 (Khamis). Beliau telah berkhidmat di SK Durian Burong selama 3 dekad. Sedikit cebisan biodata beliau:-
- Tanggal 8 Mei 1955, satu tarikh keramat dan Anugreah Allah S.W.T yang tidak terhingga buat pasangan Senin Bin Sujan dan Esah Binti Suhut.
- Titian murni untuk melihat anak bangsa cemerlang dan gemilang di pesada dunia mula digarap.
- Tanggal 1 Januari 1978, kaki mengorak langkah ke alam pendidikan.
- Khidmat mula disemai dan dibajai bermula di SM Sultan Abu Bakar, Kuantan. Seterusnya, SM Tenang Station, Segamat dan SM Seri Mahkota,Kuantan.
- Di sini kasih bertaut bersama insan tersayang, Puan Azizah Binti Ibrahim yang cantik menawan.
- Tidak terhenti di sini, diri merantau ke Terengganu bersama pasangan tercinta.
- SM Tun Telanai, SM Tengku Ampuan Intan, SM Chendering dijajah, ilmu dicurah.
- Di SK Jambu Bongkok bermula tugas baru. GPK Kokurikulum itulah bakti digilap menyinari khidmat. SK Bukit Payong, SK Seri Budiman tiada penghujung.
- Setelah lebih 3 dekad, maka di SKDB pengakhiran khidmat.
Terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan semua
murid yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah
sentiasa memberkati dan merahmati Tuan Haji Zainal Bin Senin.
Amin...
0 comments:
Post a Comment